Tuesday 25 October 2011

Hepi DEEPAVALI

kepada yg beragam hindu..hepi deepavali ye..semoga success dalam hidup..

Monday 18 April 2011

Kemudahan Untuk Anda


KEDAI BUKU PIBG SK Parit Bakar Darat telah menyediakan kemudahan fotostat untuk semua komuniti. Kemudahan ini mestilah digunakan sebaik mungkin untuk manfaat bersama.

Harga yang kami tawarkan:
1 hingga 30 keping : 10 sen setiap helaian
31hingga 100 keping : 9sen setiap helaian
101 keping dan keatas : 8 sen setiap helaian

PIBG BOOK STORE SK Parit Bakar Darat  have provided photocopies of all communities. These facilities must be used wisely for the benefit of all.

The price we offer: 
1 to 30 copies: 10 cents per sheet
31 to 100 pieces: 9 cents per sheet 
101 pieces and above: 8 cents per sheet


waktu urusniaga :

Isnin hingga Jumaat
9.45 a.m - 10.20 a.m
3.00 p.m - 6.00 p.m

Sabtu
9.30 a.m hingga 12.00 p.m
3.00 p.m - 6.00 p.m


-admin [019-9784335]

Wednesday 13 April 2011

Ujian SEGAK Tahun 4 [2011]


Ujian Standart Kecergasan Fizikal Kebangsaan SEGAK peringkat SK Parit Bakar Darat untuk Tahun 4 sahaja akan diadakan seperti butiran berikut :-

Tarikh : 14 April 2011 (Khamis)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Depan Bangunan Warisan SK Parit Bakar Darat
Pakaian : t-shirt sekolah / seluar track / berkasut

Semua murid Tahun 4 diminta hadir seperti yang ditetapkan. Sebarang masalah sila hubungi saya di talian 019-9784335.

Tuesday 12 April 2011

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH


              Pada tahun 50an, terdapat beberapa buah kampong di Mukim Parit Bakar yang penduduknya semakin bertambah. Ini telah menyulitkan penduduk-penduduk terutama ibubapa yang mempunyai anak-anak untuk mendapatkan pelajaran. Sekolah yang disediakan oleh kerajaan sangat jauh. Mata pencaraian penduduk pada ketika itu adalah bergantung pada hasil getah yang mana pendapatan di perolehi adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan dan perbelanjaan untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang sedia ada dan kekurangan ciri-ciri keselamatan menambahkan lagi kebimbangan ibubapa.

  Adalah menjadi tradisi dan amalan penduduk-penduduk kampong hidup bersatu dan bekerjasama di dalam menjalankan pekerjaan, bak kata pepatah yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing atau seperti kata pisang sesikat digulai sebelanga tanda muafakat bekerja sama. Maka dengan semangat yang berkobar-kobar dan keinginan yang tinggi maka seorang ketua kampong yang bernama Hj Omar b Hj Hambali yang menerajui lima  buah kampung iaitu :


  Kampung Pt Amal Darat
  Kampung Pt Bakar Darat
  Kampung Pt Amat Darat
  Kampung Pt Unas Darat
  Kampung Pt Hj Ali Darat


  Ahli Jawatankuasa dibentuk yang berfungsi sebagai merancang, emmbina serta membangunkan sebuah sekolah yang bertaraf sekolah rakyat dengan perbelanjaan sendiri atas tapak seluas tiga rood di Kampung Parit Bakar yang mana tapak tersebut telah diwakafkan oleh seorang yang pemurah hati bernama Tn Hj Ahmad Slowhorn bin Palil.

  Dari kerjasama yang diberikan, maka terdapat ramai dermawan-dermawan yang telah menghulurkan sumbangan yang dating dari seluruh kampung yang terbabit bagi menjayakan cita-cita yang murni itu. Maka dengan berkat kesabaran, pada tahun 1952 dengan anggaran perbelanjaan berjumlah RM5000.00 terbinalah sebuah sekolah yang keluasannya berukuran 80 kaki x 30 kaki yang telah di beri nama Sekolah Rakyat Parit Bakar Darat, Muar.

  Jawatankuasa pemilihan guru telah bersetuju sebulat suara untuk melantik seorang guru besar iaitu Tn Hj Imran b Hj Yatiman dan beberapa orang guru lain seperti En Mohd Shah b Abdul, En Ab Aziz b Ayub, En Ibrahim Hj Andak dan En Abu Bakar b Abdullah yang bertanggungjawab mengajar seramai 50 orang murid dalam dua (2) aliran darjah iaitu darjah satu dan dua dan juga bertanggungjawab bagi menyelenggaran pembayaran gaji guru-guru.

              Peningkatan dan kemajuan sekolah ini telah terbukti apabila terdapat pertambahan dari segi jumlah murid-murid sekolah dan pencapaian yang membanggakan dari segi akademik. Oleh kerana itu pihak kerajaan telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1962. Bagi mempertingkatkan lagi taraf sekolah ini, maka kerajaan telah membina dua buah bangunan sekolah baru yang mengandungi enam bilik darjah dan ditambahkan keperluan dan kelengkapan yang lain seperti pejabat guru besar, stor, bilik air murid dan juga padang sekolah.

  Sehubungan dengan itu, penduduk-penduduk berkenaan mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap kebajikan dan keperluan kepada penduduk kampung khasnya anak-anak mereka bagi mendapatkan pelajaran di masa hadapan dengan lebih sempuna lagi.

Antara senarai nama guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini: -

1. Hj Imran bin Hj Yatiman      1952 - 1953
2. Abu Bakar bin Abdullah        1953 - 1954
3. Ab Aziz bin Ayub        1954 - 1956
4. Othman bin Hassan        1956 - 1961
5. Ibrahim bin Andak        1961 - 1963
6. Hj Mahmud bin Hj Ibrahim      1963 - 1965
7. Yunus bin Rumat        1965 - 1976
8. Ab Rahim bin Yaakub        1976 - 1978
9. Muhammad bin Mohd Amin      1978 - 1983
10. Muhammad bin Hashim      1983 - 1989
11. Ghazali bin Md Siraj        1989 - 1990
12. Hj Aris bin Hj Tahir        1990 - 1990
13. Mohd Amin b Abdullah        1990 -  1995
14. Tn Hj Md Yunos b Hj Md Said      1995 - 1999
15. Mohd Taher b Mohd Sap      1999 - 2005
16. Roslan bin Ali          2006 - 2008
17. Juanda bin Mohd Shariff      2008 - sekarang


  Pada tahun 1989, pihak Kementerian Pendidikan telah menambahkan sebuah bangunan yang mengandungi 4 bilik darjah sebagai menggantikan bilik darjah yang sedia ada untuk dijadikan bilik TV pendidikan bilik sumber, bilik perpustakaan dan bilik guru.

  Pada tahun 1992, sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan di antara sekolah yang pertama di Daerah Muar untuk membuka sebuah kelas pra-sekolah yang telah dirasmikan pada 5/1/1992 oleh wakil PPD Muar, Tn Hj Ali bin Lahuri.



Saturday 9 April 2011

Projek Baik Pulih Padang SKPBD

Kalau bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan

Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini

Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.

Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.

Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.




Tuesday 5 April 2011

Bengkel Khidmatbantu Penyediaan Infra Rangkaian Internet Setempat (LAN)

Terima kasih kepada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG [Parit Jawa/Ledang] dan Juruteknik Komputer yang terlibat dalam mengurus dan memberi sumbangan khidmat bantu dalam operasi Penyediaan Infra Rangkaian Internet di SK Parit Bakar Darat.

Tarikh : 6 April 2011
Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Bangunan Baru SKPBD

-admin

Salam Pertemuan

Salam ukhwah buat semua yang masih menggunakan teknologi terkini untuk mengeratkan silaturahim. SKPBD selangkah lagi kehadapan dengan adanya blogger. Mungkin ini pertama kali diwarwarkan dan diterbitkan, masih ada ruang yang belum dikemaskini. Pastikan and bersama kami untuk sama-sama martabatkan blogger ini sebaik mungkin.

-admin-